Wednesday, April 8, 2020

Assalammualaikum Kekasih Hati




"Doa adalah bahasa rindu dan cinta yang paling cepat 
sampai ke hati tanpa perlu didengar atau dibaca"


kekasih hati , kehadiranmu datang dengan penuh makna,tidak pernah aku terbayang hingga aku mampu mengenalmu, dirimu menyusul setiap waktuku, aku tidak pernah menyerah untuk mendekatimu, kerana cinta ku dulu yang timbul luka kini berganti cahaya dengan kedatanganmu yang penuh makna bagi ku, namun adakah ia hanya seketika ? atau hanya sekadar peneman bersinggahan ? (dirimu penuh teka untuk hidup ku)

Kehadiranmu kian semakin lama semakin jauh, namun nama mu sentiasa dalam setiap sujud ku , dalam doa ku, dalam ingatan ku, dan dalam setiap dairi hatiku. andai luka ini menyakitkan tidak akan ku memilih untuk mendekatimu seperti ini, andai mampu ku putar segala masa , pasti aku memilih menjauh diri ku dari membuat hati perasaan ku terpaut padamu, 

Jangan pernah kita meletak harapan pada ciptaan,
 
Kerana sifat ciptaan menghancurkan,

Letak hati kita sepenuhnya pada Tuhan,

Dia akan menjaga dari remuknya ia, 

Dia akan mendengar dari diamnya kita,

Kerana kita datang dari Tuhan, 

Tiada pernah Dia remukkan apa yang dia Sayang



Untuk awak Nidduziaf Damha  semoga sentiasa dalam jagaanNya, 




Assalammualaikum Kekasih Hati

"Doa adalah bahasa rindu dan cinta yang paling cepat  sampai ke hati tanpa perlu didengar atau dibaca" kekasih ha...